Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, July 21, 2009

Akhirnya!!!

Pada 16 Jun 2009, jam 4.09 petang bayi yang ku kandung selama ini telah selamat dilahirkan secara pembedahan. Inila perkara yang ku tunggu2 selama aku bergelar seorang isteri.


Anna Nur Nayli dilahirkan dengan berat 4.18kg. Aku terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana baby aku besar dan laluan aku untuk melahirkan baby tidak terbuka pada sentimeter yang sepatutnya (alasan doktor). Pertama kali jugak la aku lihat wajah suamiku dalam keadaan cemas, risau dan ternanti2.


Peristiwa sebelum Anna Nur Nayli dilahirkan:


Pada malam 15 Jun 2009 ( baby dijangka lahir 13 Jun 2009) aku mula berasa sakit2 di bahagian belakang dan sekitar kawasan perut. Tanda kelahiran mula ada (darah). Aku memaklumkan perkara ini kepada nurse bertugas, mereka cuma minta aku banyakkan berjalan. Malam tu memang aku tak tidur langsung sakit sangat....


Pagi 16 Jun 09, doktor telah memeriksa laluan kelahiran aku, dah buka 4 cm, air ketuban mula dipecahkan. Doktor minta aku siapkan pakaian baby dan suruh aku bersedia ke dewan bersalin. jam 7 pagi aku di bawa ke dewan bersalin.... Jam 7.45 pagi doktor mula memeriksa keadaanku. Hampir 5 orang doktor masa tu..... Seorang doktor pakar melayu (lupa nama) memaklumkan pada ku supaya bersabar kerana berkemungkinan baby aku besar katanya.... so aku pun bersabar sambil menahan sakit. Suami ku sedia menanti di sebelah ku..... (sian dia dah berapa malam tak dapat tidur risaukan keadaan ku)


Saat kelahiran:


Jam 12.30 tengahari doktor pakar tadi masuk lagi, ketika inilah doktor tersebut memberi kata dua kepada ku samaada tunggu lagi 2 jam untuk memastikan laluan kelahiran terbuka atau terus ke dewan bedah. Sah baby aku memang besar (lepas scan). Doktor tersebut minta aku dan suami membuat keputusan dan maklumkan pada beliau pada jam 1 petang..... kami membuat keputusan untuk lakukan pembedahan. Jam 1 petang doktor periksa laluan kelahiran lagi... dah terbuka ckit 6 cm....so doktor minta aku tunggu lagi hingga jam 3 petang. Nasib baik aku ambil ubat tahan sakit so aku tak rasa keperitan sakit langsung.Aku tak tahan sangat tanggung sakitberjam2 sebabtu la aku ambil ubat tahan sakit tu..


Jam 3.30 petang aku ditolak ke bilik bedah.

Jam 4.09 petang Anna Nur Nayli dilahirkan.
Wajah Nayli selepas 1 jam dilahirkan