Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, November 17, 2009

Updating

It's almost 4 month i'm not updating my blog. So, for starting i would like to view some of Nayli video.

ENJOY.








Tuesday, July 21, 2009

Akhirnya!!!

Pada 16 Jun 2009, jam 4.09 petang bayi yang ku kandung selama ini telah selamat dilahirkan secara pembedahan. Inila perkara yang ku tunggu2 selama aku bergelar seorang isteri.


Anna Nur Nayli dilahirkan dengan berat 4.18kg. Aku terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana baby aku besar dan laluan aku untuk melahirkan baby tidak terbuka pada sentimeter yang sepatutnya (alasan doktor). Pertama kali jugak la aku lihat wajah suamiku dalam keadaan cemas, risau dan ternanti2.


Peristiwa sebelum Anna Nur Nayli dilahirkan:


Pada malam 15 Jun 2009 ( baby dijangka lahir 13 Jun 2009) aku mula berasa sakit2 di bahagian belakang dan sekitar kawasan perut. Tanda kelahiran mula ada (darah). Aku memaklumkan perkara ini kepada nurse bertugas, mereka cuma minta aku banyakkan berjalan. Malam tu memang aku tak tidur langsung sakit sangat....


Pagi 16 Jun 09, doktor telah memeriksa laluan kelahiran aku, dah buka 4 cm, air ketuban mula dipecahkan. Doktor minta aku siapkan pakaian baby dan suruh aku bersedia ke dewan bersalin. jam 7 pagi aku di bawa ke dewan bersalin.... Jam 7.45 pagi doktor mula memeriksa keadaanku. Hampir 5 orang doktor masa tu..... Seorang doktor pakar melayu (lupa nama) memaklumkan pada ku supaya bersabar kerana berkemungkinan baby aku besar katanya.... so aku pun bersabar sambil menahan sakit. Suami ku sedia menanti di sebelah ku..... (sian dia dah berapa malam tak dapat tidur risaukan keadaan ku)


Saat kelahiran:


Jam 12.30 tengahari doktor pakar tadi masuk lagi, ketika inilah doktor tersebut memberi kata dua kepada ku samaada tunggu lagi 2 jam untuk memastikan laluan kelahiran terbuka atau terus ke dewan bedah. Sah baby aku memang besar (lepas scan). Doktor tersebut minta aku dan suami membuat keputusan dan maklumkan pada beliau pada jam 1 petang..... kami membuat keputusan untuk lakukan pembedahan. Jam 1 petang doktor periksa laluan kelahiran lagi... dah terbuka ckit 6 cm....so doktor minta aku tunggu lagi hingga jam 3 petang. Nasib baik aku ambil ubat tahan sakit so aku tak rasa keperitan sakit langsung.Aku tak tahan sangat tanggung sakitberjam2 sebabtu la aku ambil ubat tahan sakit tu..


Jam 3.30 petang aku ditolak ke bilik bedah.

Jam 4.09 petang Anna Nur Nayli dilahirkan.
Wajah Nayli selepas 1 jam dilahirkan



Friday, May 29, 2009

Menghitung hari

Perut sudah makin membesar hanya menunggu hari untuk menjadikan ia kempis kembali....
Tak sabar rasanya nak tunggu budak kecik dalam perut ni keluar...... dah semakain sempit dia kat dalam rahim aku ni.

Husband aku plak hari2 tanya pada baby ni, bila nak keluar...... sambil tangannya mengusap perut ku....

Tapi sebenarnya aku ni risau jugak macam mana la keadaan ku bila rasa sakit nak bersalin tu sampai.....berdebar..... macam mana keadaan aku kat labour room nanti....????? seperti yg dijangka oleh doktor 13.6.2009 due date aku....tapi ramai yg cakap anytime jer...So standby.....

Pendek kata sememangnya aku tak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama ku ini..........

Wednesday, May 6, 2009

6.5.2009 - KIni KemBaLI

Salam,

Lama betul aku tak mengarang di blog aku ni.....

Rasanya hari ni aku akan menceritakan perkembangan kandungan aku yang dah mencecah 8 bulan ni.... (ada komen dari Quntum..."Ko ni citer la pasal kandungan ko kat blog") itu la komen yg sering aku dengar dari quntum......

So far...... setakat ini alhamdulillah...baby sihat mummy dia pun sihat. Baby ni dah semakin aktif dan semakin besar....last 3 weeks aku ada pergi private clinic buat scanning.... tapi baby ni dia sembunyi2 la tak nak tunjuk boy or girl.... Doktor cakap baby dah besar susah nak nampak ...masa tu doktor ada mentioned baby dah berat 2kg berat aku dalam 71.8kg tapi semalam pergi check up berat aku dah naik lagi 72.8kg so rasanya berat baby pun sama naik dengan mummy dia.....

Perasaan aku sekarang ni memang tak sabar nak tengok baby aku ni...tak sabar nak tengok dia pakai baju, seluar, sarung tangan/kaki yang aku dah beli tu......

Secara fizikal sememangnya aku sudah agak berisi...sampai balik kampung hari tu semua tegur aku dah kurus kering macam dulu..... hubby aku pun macam makin berisi jugak (terutama perut dia) untuk pengetahuan semua sejak aku pregnant hubby aku ni makin kuat makan itu la perubahan ketara yang aku nampak.....

Baby plak semakin hari semakin aktif.....gerakan dia pun semakin kerap dan agresif... sampai kadang-kadang penat aku dibuatnya...tapi seronok tau dapat tengok perut bergerak2.... hanya ibu mengandung jer boleh nampak benda bergerak2 dalam perut dia.... Kalau aku aktif jer baby lagi la aktif....

So, sekarang ni aku hanya menunggu hari dan waktunya untuk melahirkan baby sulung aku ni..... doktor jangkakan 13 Jun 2009.................. berdasarkan padangan orang sekeliling ada yang cakap anytime jer sekarang ni baby boleh keluar.... SO STAND BY...!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

4.3.2009- Konvo DPA

Akhirnya pakai jugak aku baju istiadat (no 1 dress) tu....... nasibla muat jugak baju aku tu walaupun dah macam sarung nagka aku pakai..... tapi aku bangga sebab anak aku dapat naik stage sekali untuk terima Diploma yang selama ini ku nantikan....

Ramai rupanya ibu2 mengandung yang semangat untuk terima diploma ni hadir sepanjang 2 hari ini. Bagi aku bila lagi leh kumpul jumpa ramai2 kalau bukan masa konvo ni..... ada yang tengah sarat pun sanggup datang.... cayalah.... (tapi sayang aku tak ada gambar2 semua yg ibu mengandung, memang terlintas nak ambil gambar dgn semua yg pregnant tapi aku segan dgn pakaian ketat aku ni....) Elok jer habis turun stage tu...butang aku yang bawah tu memang aku buka terus....macam tak bernafas jer rasanya.....

Kepada member2 yang banyak berposing masa konvo tu rajin2 la upload gambar korang yerk.... terutamanya Quntum, Naz, Aida, Hadi and ramai lagi la......

Thursday, February 26, 2009

26.2.2009 - Kemaskini Blog

Fuh....lama jugak tak kemaskini blog ni....

Lately busy sangat. Ada projek Seminar dan pameran di Surabaya, Indonesia. So banyak masa kat opis ni habis dengan kerja-kerja persiapan event ni jer.... tambahan plak OT sepanjang minggu sebab nak makesure semua kerja Ok jangan nanti masa event ada problem. Tapi sayang aku tak dapat join event ni kat Surabaya sebab boss tak lepas aku dia suruh stay kat opis jer (backup officer).

Aku pun tak kisah, lepas ni sibuk untuk pameran kat Dubai plak..... sayang jugak boss tak lepas aku untuk join exhibition ni... So aku buat kerja belakang tabir jer la....... tapi ok jugak at leaset aku leh rehat jaga baby dalam perut ni.....

Cerita pasal baby, lately aku memang sibuk dengan kerja so ada effect pada aku ckit....darah aku tiba2 tak stabil doc. bagi tau aku masa check up hari tu...... So kena banyak rest, dan makan benda2 yang boleh tambah darah. Makan vitamin lebih......

Kesimpulannya, sekarang aku makan jer........ makanan tu sentiasa ada sebelah aku....

Monday, February 9, 2009

9.2.2009 - Muay Thai



Lepas jer tengok Ong Bak 2, keesokkan malam aku p plak tengok perlawanan Muay Thai dekat Stadium Badminton Cheras. BEST TUL.... Dah lama aku tak tengok life acara mempertahankan diri ni......


Meriah betul malam tu.... tapi ramai sedara aku risaukan aku maklum la ibu mengandung....tapi aku ok jer terasa plak dalam perut aku ni baby dok bergerak2..... Malam tu baby aku memang banyak bergerak..... rasa geli2 jer ......