Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 30, 2008

30.12.2008 - 3 hari cuti

Rasa macam tak puas plak cuti 3 hari ni.....kalau ikutkan hati mau jer aku ambil MC atau EL tambah lagi 2 hari.... leh aku melepak kat umah....

Sepanjang 3 hari cuti ni antara aktiviti yang aku buat adalah pergi kenduri adik aku sebelah pihak lelaki plak dekat Gemas..... Selama aku mengandung ni.. ini lah jarak palaing jauh aku pernah memandu, nasib baik tak dak apa buruk berlaku (alahan la) aku ok jer sepanjang jalan pergi dan balik...tapi yang tak bestnya jem di lebuhraya....

Sentuh soal jem ni dari aku mula memandu hingga sekarang masih musykil....????!!!! Kenapa kalau jem di lebuh raya/mana2 jalan besar mesti lane kanan sekali (lane memandu) yang akan sesak dulu (jalan macam kura-kura) padahal lane tu bukan untuk pemandu yang suka berehat2 di jalanan.... pelik tul la..... any comments guys???!!!!

Then lepas habis kenduri-kendara semua family aku termasuk family aunty aku lepak semlaman kat umah aku yang tak seberapa besar tu...... sungguh tak ku percaya muat jugak rumah aku ni untuk memuatkan seramai lebih 15 orang untuk tidur satu malam...... macam2 aksi akrobatik diorang buat asalkan boleh tidur....sayangnya aku lupa plak nak tunjuk gambar tu sebab sensor la....hehehhehhe... rasa macam meriah giler...... bila lagi saat ini akan kembali???

I think i need more CUTI!!!!!

Tuesday, December 23, 2008

23.12.2008- mY sISTER wedding

Letih betul buat kerja kahwin nie......
sampai keras betis dan paha aku nie.....
Lepas ni memang aku suggest kat family aku buat kenduri kat dewan jer....
ada lagi 6 adik aku belum naik pelamin....semua kecik2 lagi..... biar diaorang berjaya dulu then baru fikir nak menikah.

Majlis Akad Nikah :


Align Right






sesi soal jawab dengan tok kadi








penyerahan mas kahwin








Di akad nikah oleh bapa mertua sendiri






Batal Air sembahyang



Masa kenduri :






Atas pelamin









Kek 3 tingkat....


Ini jer la...yang lain dalam kamera adik aku plak.....
Penat mengemas tau....
Eh!!!!! teringin nak merasa dok atas pelamin lagi ni......

Thursday, December 11, 2008

11.12.2008 - Overtime!!!

Awal pagi ni aku terkejut la jugak...dapat MEMO kena buat Overtime (OT) sampai 9 malam....aduh....macam nak nangis pun ada...start hari ni sampai Sabtuplak tu...habis cuti aku...Ahad plak kena sambut orang Cambodia plak....aduh hilang holiday minggu ni...
OT ni bagi aku dah biasa sebenarnya masa sebelum DPA dulu lagi banyak aku kena buat OT tapi apa pun tak dak hanya kerja jer siap dan boss belanja makan...bukan le dapat cuti ganti ker...wang ganjaran ker....hehehehhehehe

Sebab bagi aku selepas waktu pejabat dan weekend adalah hari untuk urusan peribadi dan bersama keluarga...sebab hari lain dah sibuk dengan kerja sampai ke malam..... walaupun bukan selalu tapi ia sedikit mengganggu perancangan yang telah dibuat....

Tapi aku sedar dari sini aku boleh belajar menjadi pekerja yang berdedikasi....

Wednesday, December 3, 2008

3.12.2008- Kenangan Bagi ku!

Kini kesibukkan mula melanda di Unit aku. memang hari2 sibuk jer...... Ya Allah aku anggap ini satu dugaan dan cubaan bagiku untuk terus berjaya dalam perkhidmatan ku kini... (fuh ayat bukan main)

3 malam aku bertungkus lumus dengan boss aku menyiapkan paper pelancongan kesihatan di Pejabat KSU. Bagi aku ini satu pengalaman baru yang memang aku tak boleh lupakan kerana ia mengajarku bagaimana bekerja dan mendapatkan satu hasil kerja yang cukup baik. KSU banyak memberi tunjuk ajar secara direct pada aku sepanjang proses perbincangan itu. Aku cukup menghargainya.....

Tapi penat dia hanya Allah jer tahu.....pulang lewat malam menambahkan lagi kepenatan ku tapi tak pa hasil dia cukup memuaskan cuma harap dapat persetujuan jer nanti......
Yang bestnya KSU ni seorang yang cukup prihatin, dia tidak hanya memberi tunjuk ajar malah sangat prihatin pada kebajikan pekerjanya...siap orderkan makan malam then makan bersama-sama dia....... I salute you SIR......

Aku mula berfikir mampukah aku menjadi sepertinya...mampukah aku.... Doa ku kini dengan harapan aku berjaya berkhidmat dengan baik dan berkualiti, pangkat tidak ku pedulikan yang penting aku faham setiap kerja yang ku lakukan (sebab sekarang ni aku memang macam blur dengan apa kerja yang aku lakukan) hehehehhehehe

Thursday, November 27, 2008

27-11-2008 : Meriah la !!!!!

Lama jugak aku tak jengok blog aku ni........ ramai jugak kawan2 yang rajin update blog diaorang mesti banyak idea dia orang ni...aku sejak dua menjak ni idea kurang ckit bila nak mengarang ni....tak tahu la kenapa???

Hari ni aku ada idea baru....
Mesti ramai di antara korang semua mempunyai jumlah adik beradik yang ramaikan???? Macam aku ni 8 beradik bila berkumpul jer meriah giler...... tambah plak dengan yang suka berbalah sesama sendiri lagi la riuh suasana...

Terutamanya masa Hari Raya....kalau semua berkumpul riuh jadinya....Aku mula rindu zaman2 kanak2 aku dulu plak....terbayang2 keriuhan suara mama membebelkan kami semua....bila dah besar ni baru la nak hargai masa tu...kalau dulu tak sabar2 nak belajar duduk sendiri...biasala manusia sememangnya tak pernah puas pun...hehehehehe

Minggu ni plak riuh la rumah aku semua adik2 aku datang....jalan2 K.L. la konon.....atleast riuh la ckit umah aku tu...ni asal balik kerja jer sunyi sepi otak asyik ingat nak tidoq jer......

Member2 ku yang lain kalau rajin kongsi la pasal kemeriahan adik beradik korang yerk...aku tau Quntum family mesti riuh giler....

Friday, November 21, 2008

21.11.2008 - Masak-masak


Sebaik sahaja balik dari Klinik semalam, macam ada satu perasaan muncul, aku terasa ingin masak jer....tapi dok fikir masak apa??????


Setelah hampir 2 bulan setengah aku tak petik suis dapur gas aku tu.....hari ni dia teringin plak... hampir dekat 5 jam jugak aku berfikir nak masak apa????? Sampai terlelap la atas sofa punya berfikir..... Akhirnya selepas jer solat Asar dalam hujan yang lebat mencurah2 ke bumi aku bayangan bihun goreng terus terbayang2 di hadapan mataku.....


Aku turun ke kedai beli bahan2 yang patut... Sampai jer kat dapur rumah aku macam berfikir lagi sedap ker kalau aku masak ni...takut tak sedap jer....aku pedulikan perasaan itu terus jer aku siapkan bahan2 dia tunggu bihun lembut ckit lepas tu aku mulakan masakan ku..... akhirnya tak sampai 20 minit dah siap bihun bujang aku ni..... BOLEH pun masak....ntah la selama ni kenapa aku rasa macam tak boleh nak masak jer...


Aku terus call husband aku bagi tau yang aku dah masak untuk makan malam so dia tak payah makan kat luar....Punya la dia terkejut aku bagi tau aku masak.... Husband aku siap ajak member baik dia ni makan kat umah aku malam semalam..... Walaupun dalam bihun tu ada telur, fish cake, taugeh dan bihun jer berselera betul diaorang makan....sampai aku nak bawa bagi dekat frynn pun tak cukup hehehehehhe (jangan marah yerk)


So sekarang ni aku baru terfikir........jangan terlalu ikut perasaan yang negatif kalau selama ni kita boleh buat benda2 yang positif so kita teruskan jer.... jangan malas sebenarnya..hehehehe (ntah apa la yang aku katakan ni)

Monday, November 17, 2008

17.11.2008 - Syukur!!!

Sabtu lepas, member aku kahwin dekat Bahau N9. So memang aku kena pergi kenduri member aku ni...sebab masa aku kahwin dulu dia sanggup pergi umah aku kat Butterworth. Sepanjang hari aku berdoa agar alahan aku tak teruk sangat sepanjang hari tu...... Alhamdullillah semuanya ok jer cuma nak masuk maghrib jer aku mula rasa mual2 dan nak muntah...tapi ok jer.

Perjalanan ke Bahau:
Aku bangun awal hari ni....lepas kemas2 rumah then aku turun kafe bawah belikan breakfast untuk husband aku. Best nya hari ni husband aku boleh bangun awal plak tu, maklumla tau wife dia nak g jalan so dia bujang sekejap ambil hati la namanya tu..... Siap berpesan2 lagi kat jangan lupa bawa plastik lebih la, air, towel (prepare takut2 alahan nanti). Prihatin jugak...

Sepanjang perjalanan sampai la R&R Seremban (tak silap aku) aku masih mampu bertahan mungkin sebab bercakap tak berhenti2 agaknya.... punya la ramai manusia kat situ sampai aku pun tak tahun nak makan apa??? Pilihan terakhir = aku beli Hot Dog jer..... sambil aku menikmati Hot Dog tu tiba2....?????? Que Haidar lalu depan aku dengan gaya dia yang smart tu aduh terus terpaku aku sekejap...aduh comeinya dah la pakai serba putih menampakkan laku kecomeiannya hari tu..... Lepas tu lalu pulak Pierre Andre aduh selekehnya...dengan jambang, misai tak terurus jer aku tengok dia ni.... dah la pakai serba hitam.... Masa Pierre lalu ada la sekumpulan budak2 nakal kat situ perli dia...."No Komen...saya No komen" (kata2 Pierre sekarang bila di interview oleh MELODI). Then Que lalu lagi terus aku habiskan Hot Dog aku memang comei la dia ni....

Ku terus kan perjalanan, bila dah keluar exit Senawang aku ok lagi tapi bila dah lalu Bukit Putus (dekat area Kuala Pilah) aku mula naik risau keta dah la slow nak mampus driver lain bawa..tambah plak jalan sempit...lori banyak aduh aku mula naik risau....nasib baik member2 aku ni ajak aku sembang sambil makan limau so tak ada apa2 masalah berlaku kat aku...... (aku risau muntah jer...malu tau)

Punya la jauh nak p umah member aku ni.....sampai2 jer rumah kenduri kita orang terus di layan macam VIP dapat special parking lagi. Dah abis makan, borak, makan petang lagi, posing sana sini, then kita orang pun gera balikKL. tapi kali ni memang tak lalu jalan Bukit Putus tu lagi dah kita orang terus ker Alor Gajah walaupun jauh tapi jalan dia tak memeningkan. LEga ckit.

Aku bersyukur sangat aku tak banyak kerenah sepanjang perjalanan tu...kalau tak sian member2 aku ni nak melayan aku punya alahan.

Wednesday, November 12, 2008

12.11.2008 - Redha ajelah

Sebut jer Apartment, Kondo, Flat, Pangsapuri, Kuarters Kerajaan terus membuatkan seseorang tu terbayang berapa tingkat, tinggi mana, ada lift tak, besar tak ruangnya dan bla bla bla.....!!!!!

Hampir setahun aku mendiami apartment macam-macam ragam dan karenah aku tengok dan tanggung sendiri....

Cerita 1 :
Malam semalam elok jer aku nak tidur lepas separuh nyawa aku muntah2....rumah atas aku buat hal plak....dia boleh menukang plak malam2 macam ni.... Ya Allah aku memang hangin betul tambah plak dengan angin yang sememangnya ada dalam badan aku ni..... berdeyut2 kepala aku bila dengar jiran tak berperikemanusiaan ni menukul.... aku tak tahan terus pergi ke arah tingkap dan menjerit semahunya suruh diam....tapi memang mangkuk hanyun betul dia lagi rancak buat kerja dia tu...... (masa yang sama husband aku terkejut ingatkan aku mengigau menjerit2). hampir 20 minit la mangkuk ayun tu dok menukul..... husband aku plak pergi ke arah tingkap dapur menjerit suruh mangkuk tu berhenti..... tapi memang telinga kayu betul dia menukul jugak.... dalam kebingitan tu aku boleh jugak la terlelap sebab penat sangat....

Cerita 2:
Isu Parking...... parking kat apartment aku ni memang sakit hati ckit....boleh ambil dalam 20 minit untuk sampai ke aras 6 (paling tinggi - bagi penghuni aras 10 ke atas)..... So ramai la yang lebih gemar parking di luar pagar apartment...
Kereta sekarang semua dah ada alarm dengan bunyi yang bermacam jenis..... So masalah bunyi alarm ni buatkan telinga aku bingit sepanjang malam. Mana ada kereta yang sensitif lebih tu dengar bunyi keta lain pun dia dah mula menyalak2 kalau perlahan tak pa la jugak ni sampai umah aku aras 16 pun boleh dengaq.... fumemang aku bersabar jer la.... Pernah satu weekend ni alarm kereta wira tu berbunyi 2 malam berturut2 tanpa henti....aku tak tahu la owner dia p mana....menyalak2 kereta dia...memang terganggu jugak la tidur aku tambah2 plak lepas aku pregnant ni...memang ganggu la...

Cerita 3:
Isu Lift.... Apartment aku tinggal sekarang ni ada 2 blok dan setiap blok ada 4 lift. So memang memudahkan penghuni untuk bergerak.... tetapi itu bila masa senang la...tapi lift ni pantang betul kalau hujan lebat ditambah dengan petir dan guruh. terus lift ini akan jem dan terus rosakla...sekarang ni dah hampir 2 bulan 2 lift jer berfungsi.. (lift yang saiznya kecil plak tu) maintainance bayar setiap bulan kerja2 baik pulih lembab betul...... ada satu hari tu....aku naik lift tanpa ada lampu dalam lift tu...nasibla aku dengan husband aku kalau sorang2 ntah la.... bila pintu lift terbuka masing2 terkejut sebab dalam gelap tiba2 ada orang... bila pintu lift tutup tinggal lampu nombor jer menyala yang lain gelap gulita macam dalam gua...

Di harap dengan 3 cerita aku ni tak da plak member yang baru nak pindah duduk umah bertingkat ni jadi takut plak..... ini hanya pengalaaman yang diluahkan untuk bacaan umum. Sekian

Monday, November 10, 2008

10.11.2008 - Kahwin, Kahwin, Kahwin

Mula jer Sabtu lepas banyak betul jemputan kenduri kahwin ni........
Semalamnya kenduri pun aku tak dapat pergi...mana tak nya siap2 jer lepas tu rasa loya2 dan pening....aku apa lagi tukar baju terus landing atas tilam....tidur

Lepas tu bangun kebulur Ya Allah....sian laki aku kena g cari makan kat luar....sekarang ni nak masak memang tak mampu dah....rasa macam bila aku masak mesti jadi tak sedap... sebab tu aku tak masak.... ditambah plak dengan hujan petang fuh memang best la tidur....

Aku mula la risau sabtu ni best friend kahwin plak kat Bahau , N9 plak tu.... doa2 la aku dapat pegi kenduri dia sebab dulu dia boleh p kenduri aku...... kahwin jugak seorang kawan aku yang agak kasar ni..... Alhamdullilah bertemu jodohnya.

Sabtu depan plak ex housemate aku kahwin kat Kedah.....ni memang aku tak dapat p kot tapi aku akan pergi kenduri sebelah pihak lelaki kat Damansara Sabtu satu lagi.... penat badan nak jalan jauh2 sekarang ni.....

Sabtu berikutnya bestfriend aku masa sekolah menengah plak kahwin kat Butterworth....yang ni pun aku tak dapat pergi aku akan pergi kenduri dia kat Dungun nanti sebab lepas tu boleh direct cuti raya haji..... then le terus balik umah mentua kau kat Kuantan....

Fuh...berjalan sakan aku....risau jer mesti kena standby banyak plastik bag dalam keta nanti.......

Wednesday, November 5, 2008

5.11.2008 - Work come first

Sepanjang minggu ni memang aku sibuk betul walaupun still pening2 dan muntah2..... Isnin dah m.c. , Selasa sampai Khamis Conference. penat badan aku.

Conference yang sepatutnya sampai kul 5 petang aku buat ia jadi 1/2 hari lepas lunch balik opis...banyak kerja aku nak siapkan kat opis boss plak outstation...tu yang memenatkan aku lagi...tapi aku redha jer...daripada aku tertidur dan terlelap kat dalam bilik conference baik balik buat kerja kat opis....

Minggu ni memang satu dugaan bagi aku supaya lawan loya2 aku tu...tapi macam biasa malam jer memang tak mampu nak melayan. Sekarang ni tambah plak sakit pinggan...fuh sakit betul....baring lurus jer badan terus sakit belakang2 aku...tengah malam gelisah tak boleh tidur....macam2 kerenah.....

Sunday, November 2, 2008

2.11.2008 - Alahan lagi

Asal cuti jer memang aku lemah ckit ....

Hari Sabtu teruk betul alahan aku....muntah2 satu hari...sampai tak lalu aku nak makan apa pun....tapi aku gagah jugak makan nasi tak sampai suku dengan keow teow bandung....
Satu badan aku lemah sepanjang hari, letih dan lesu.....

Hari ni plak (Ahad) ok ckit alhamdulillah...aku bersyukur sebab aku dah boleh p makan kat luar......... untuk tengahari makan suku jer nasi goreng paprik...lepas tu ada rasa loya2 lagi....then aku berehat jer sambil lipat kain yang menimbun dan menonton t.v. Tiba2 plak aku teringin makan keow teow goreng dekat Kelana JAya....kat situ memang sedap uncle tu goreng...meleleh air liur tambah plak cili kicap fuh....terangkat.... sapa2 nak p rasa makan kat sana jom kita p ramai2 mesti korang suka nya..
Walaupun sepanjang perjlanan aku loya jer....tapi nampak keow teow goreng sepinggan tu terus macam hilang loya...fuh berselera tul aku makan siap bungkus untuk breakfast esok.....
Aku bersyukur sangat hari sebab aku rasa aku sihat ckit...terima kasih Ya Allah!!

Friday, October 31, 2008

31.10.2008 - Perkembangan aku

So far, aku sekarang bangun pagi dah tak dak problem nak muntah2 sangat cuma badan2 jer jadi lesu semacam (tak faham aku) tak sabar aku nak tunggu baby ni gerak2. sekarang ni tangan aku jer dok gerak2 kan dia hehehehhehe

Macam mana yerk member2 pregnant yg lain..... kalau korang ada apa2 info bagi tau la yerk....

Bab makan sekarang ni aku banyak berselera dengan sup jer dan keow teow...nasi kurang, makanan favorite aku roti pun dah kurang.... (banyak tul perubahan aku sendiri pun tak faham)

Wednesday, October 29, 2008

29.10.2008 - Feel Better

Alhamdulillah...

Hampir 4 hari aku berehat di rumah hari ni aku rasa kesihatan aku baik sikit.....
Semalam lepas buat buku merah kat Poliklinik Seri Kembangan aku betul2 rehat kat umah sebab aku tak mau masuk opis hari ni jadi lemau lagi.......

Cik temah tak dak plak dia p Sabah........ ish teman luahan perasaan tak dak tak best la....
Check up semalam telah membuatkan aku berjaya minum susu tepung dah sekarang ni.... demi anak dalam kandungan aku gagah jugak minum susu tepung ni.... atas nasihat nurse semalam dia berjaya memberi cadangan yang berkesan untuk aku habiskan susu tepung bagi satu cawan.....

Further update i will inform soon....

Sunday, October 26, 2008

26.10.2008 - Tidur penawarnya

Dah 2 hari aku tak update blog aku.........
Fuh.....sepanjang 2 hari tu aku tidur jer....hubby aku pun suruh tidur rehatkan badan..... malam ni aku baru leh duduk lama ckit....... aku masak hari ni.... aku mengemas... lega rasanya

Friday, October 24, 2008

24.10.2008 - Peritnya

Ya Allah,

Sakit betul badan2 aku, hidung, anak tekak, mulut semuatak macam tak ada deria rasa dah..... air liur asyik nak terkeluar jer...... Ini la pertama kali aku rasa demam yang teramat sangat.... Kaki tangan sejuk jer.....

Macam nak balik rehat kat umah jer...tak bermaya langsung....sapa jer tengok aku hari ni mesti nampak aku macam orang tengah menahan kesakitan.....

Adoi la....

Thursday, October 23, 2008

23.10.2008 - Klinik E1

Pagi nie...lepas breakfast aku terus ke Blok E1 jumpa doktor.....nak ambil ubat demam dengan selsema ni..... penat aku menanggung demam dan selsema ni....

So Dr pun check aku...dia kata u makan ubat ikut time insyaallah cepat sembuh... Dr bagi la ubat2 tu.... salah satu daripada ubat tu akan menyebabkan aku mengantuk so aku kena jer stand by jer nie...takut terlelap.....

Dr. ada bagi advise kat aku...u dah boleh dah pergi jumpa Dr dekat Polikinik terdekat dengan umah untuk buat buku pregnant (buku merah)... so aku citer la kat dia yang aku dah call Poliklinik Komuniti Seri Kembangan tanyakan hal ni tapi staf nurse kat sana surh jumpa Dr bila baby dah 11 atau 12 minggu... So aku pun confius....tapi penerangan Dr pagi nie....membuatkan aku yakin untuk terus buat check up minggu depan jer..... at least aku boleh tau perkembangan baby macam mana....

Any of my ada nasihat atau cadangan lain berhubung perkara ini please ye... comment....

Wednesday, October 22, 2008

22.10.2008 - Fetal Development (week by week)

Salam! Here photos about Fetal Development week by week (1st trimester):


A) 7 weeks (Your baby has slightly webbed fingers and toes.)





B) 8 weeks (Your baby can bend his elbows and knees)




C) 9 weeks (Eyelids now cover your baby's eyes)






D) 10 weeks (Your baby's hands now meet over her heart).








E) 11 weeks (Your baby is busy kicking and stretching.)







F) 12 weeks (Synapses are forming in your baby's brain)

to be continued............

information get from : http://www.babycenter.com

Tuesday, October 21, 2008

21.10.2008 - PetunjukMu

Ya Allah.....

Hanya diriMu tahu bertapa ku rasa ketika ini.....
Sesungguhnya aku bahagia dengan keadaanku kini.....

Ya Allah...

Berikan aku kekuatan untuk terus menghadapinya......
Hadapi segala dugaan daripadaMu di dalam
membentuk keinsafan dan ketabahan di dalam jiwa ku

Petunjuk dan hidayah Mu
akan ku turuti
akan ku patuhi
akan ku amalkan sepanjang hayatku

Ya Allah......

Wujudkan sifat kemaafan, kebaikan, ketaatan, ketakwaan serta kesyukuran
Dalam setiap jiwa umatMu yang tak pernah jemu bersujud dan bertaubat
padaMu.....
Redhailah segala perbuatanku

Amin

Sunday, October 19, 2008

19.10.2008 - Mood hilang

Today got no mood to story and write anything..........

Ya Allah alahan aku mula menjadi2 nie......

Saturday, October 18, 2008

18.10.2008 - Alahan bermula

Hanya Tuhan yang tahu macam mana aku rasa hari ni......

Seawal pagi aku bangun cuci baju then sempat tidur balik tak dak plak simptom2 pelik nak terjadi pada diriku.....

Bila aku naik jer keta hari nie...aku mula rasa pening dan loya.... aku cuba bagitau husband aku tapi dia suruh aku bersandar dan rehat..... sampai jer open house opis husband aku....aku mula rasa semacam ditambah plak dengan tahap kepasanasan hari nie..... Aku makan bihun goreng dan minum air oren suam jer..... lepas terus balik.... nak menuju ke rumah Anis di BAngi

Dalam perjalanan ke Bangi.................................
Pening dan loya aku mula menjadi2.......dah la jalan nak ke rumah Anis ni bengkang-bengkok....aku menahan jer diri nie daripada muntah....sambil beg plastik di tangan...hampir separuh jalan sampai ke rumah Anis aku terus muntah (penuh plastik) husband aku mula mengurut belakang aku sambil memandu (Aku rasa bertapa ambil beratnya seorang suami terhadap isterinya)
Ya Allah aku dah mula dengan alahan ini...lepas jer muntah tu...badan aku mula menjadi ringan dan pening kepala mula kurang.... Setiba di rumah Anis banyak plak makanan sedap tapi buat pertama kalinya nafsu makan aku tertutup melihat makanan enak itu. aku hanya menjamah sedikit nasi goreng dan seketul ayam serta beberapa gelas air masak....... (lepas makan terus balik lepas Anis bungkuskan laut ckit utk aku)

Malam ni...bila aku nak panaskan laut2 tu....loya aku datang balik melihat ayam di dalam kuali tu....... kenapa dengan aku nie....Adakah alahan ku mula menjadi2...... Aku terus minta tolong husbandku belikan bubur nasi dan jus oren......

Friday, October 17, 2008

17.10.2008 - Hangin jer pagi2 nie!!!!



Aku semangat betul hari ni nak breakfast........ TAPI.......




Sampai jer cafe aku mula la buat pilihan untuk breakfast hari nie..... pusing punya pusing aku ternampak deretan kari di gerai roti canai nie...so aku order la roti sardin...... punya la lama aku menunggu siap 2 kali bagi tau


order...mamat tut..#^^*%&^%# ni khusyuk buat tebar roti dia hampir 10 minit aku tunggu roti aku tak siap2... (sebelah bukan gambar sebenar) mula la telinga aku nak kuar asap ni....!!!!!!! dengan muka selamba sambil tersengeh2 kat aku dia tanya "Nak roti apa?" memang hangin satu badan Ya Allah kalau aku tak fikirkan aku pregnant memang terbalik semua kuah kari kat depan aku nie......


Lepas tu terkial2 baru nak buat.....ada la aku nampak muka dia malu2 ckit.... tapi boleh tersengeh lagi.....memang geram aku ........ lepas tu boleh plak dia tak nampak aku sebelah dia nie...siap nak pas roti tu kat orang lain plak...... (nasib Fryn) kalau orang lain memang aku hangin lagi...... masa tengah buat roti tu siap cakap buat special kat aku konon sebab lama tunggu....special mende tambah Ghee jer....


Fryn la menyabarkan aku ........ nasib la roti tu sedap dia buat aku pun makan sambil menikmatinya...... mungkin ini kali terakhir aku beli makanan kat gerai tu......

Nasib baik sedap!!!!! (bukan gambar sebenar)

17.10.2008 - Adakah ini Simptom????

Beberapa hari aku mula sedar...aku cepat dan mudah sangat nak tidur sekarang tambah2 kalau time tu tengah tengok tv....... adakah ini simptom ibu mengandung???

Macam malam semalam..... jam baru pukul 8.40 p.m. tengah tengok berita.... tanpa aku sedari aku terlena sampai la jam 9 p.m. tu pun husband aku kejutkan..... dia pun pelik jugak " U kenapa asal tengok tv jer tidur...' Aku celik balik.....

Lepas jer husband aku keluar semalam aku layan tv balik rancangan 999, mula2 tu layan jer lepas tu aku tersedar jam dah 9.30 malam... ini bermakna aku tidur lagi tadi.... ish.... tak boleh jadi nie...so aku pun tutup lampu dan tv masuk bilik sembahyang isyak tutup lampu terus tidur... sampaila jam 12 husband aku balik.... kebiasaannya kalau aku terjaga tengah malam aku tak boleh tidur balik dah...tapi malam nie aku rasa lena jer tidur aku samapai la jam bunyi jam 6.10 pagi...... (pelik bagi aku...sebab sebelum ini aku tidak sebegitu)

Thursday, October 16, 2008

16.10.2008 - Hari2 RM4!!!!



Cuba bayangkan kalau setiap orang bayar RM 4 untuk breakfast, RM 4 untuk Lunch dan RM 4 untuk minum petang!??

Untung betul pakcik kantin tu. Tapi kalau ambil makanan dalam kuantiti kecik pun dikiran Rm 4 memang melampau la kan.....

Pagi ni saja breakfast aku dah Rm 4.... kenyang betul aku Mau kopak duit kalau hari2 macam nie....So aku kena makan secara bijak dan sihat selepas nie..........

Wednesday, October 15, 2008

15.10.2008 - Any changes ???

Tujuan penulisan blog ini adalah bagi menceritakan perkembangan aku sepanjang mengandung hingga melahirkan.. (itu la yang dikatakan oleh sahabat ku) So..... setelah aku memikirkannya maka aku pun bermula menulis di blog aku aku ini......

Setelah hampir beberapa hari aku mengetahui bahawa aku pregnant tiada sebarang perubahan yang ketara aku alami cuma aku sekarang mempunyai selera makan yang cukup tinggi. Hidang la apa2 pun aku ku redah jer makanan tu.... tatkala mata ku melihat sebarang bentuk makanan mula nafsu makan ku membuak-buak...... bila aku fikirkan balik lawak pun ada. Aku dahulu seorang yang makan sekadar mengalas perut jer sekarang nie lain palk jadinya..... (hehehehehhe)

Perubahan fizikal tidak ada yang ketara, tapi ramai juga kawan2 yang cakap perut aku dah nampak ckit...... tapi aku rasa itu lemak jer yang lebih kot.... (sebab baru 1 bulan jer kandungan aku nie) Bahagian rahim aku mula mengeras sekarang .... melalui pembacaan aku itu merupakan perkara biasa jer.....

Tak sabar plak aku menanti macam mana la rupa apabila perut aku mula membesar nanti...... pasti ada kelainan pada diriku....

Adakah perut Aku Sebegini rupa ???????? ( lihat koleksi perut ibu mengandung)


( 2-3 bulan)





(2-3 bulan)





( 21 weeks)







(22 weeks)






(32 weeks - twin)





(34 weeks)



( Eh tapak kaki!)






















Tuesday, October 14, 2008

14.10.2008 - Macam2 Hal





Semalam aku penat betul...... balik jer meeting kat MATRADE tu aku terus suruh husband aku singgah Mc D beli Mc Chicken (lapar sangat) ..... ditambah plak dengan sejuk hujan petang ni...memang tahap kebuluran aku membuak2...




Satu malam aku rehat jer sambil layan TV..... Malam semalam aku muntah2 kat umah tu yang penat tu...... bau asap rokok dalam bilik buat aku tak tahan sangat...... sampai aku sanggup mandi kat bilik air tetamu semalam... disebabkan hujan lebat husband aku lepaskan hajat merokok dia dalam bilik air..... bau satu bilik......




Aku terus sound suruh dia makesure bilik tu tak ada bau rokok baru aku nak masuk bilik.... pandai pulak dia hilang kan bau busuk tu.... 10 minit jer nak ok.... baru la aku boleh sembahyang dan baring2 kat dalam bilik tu....


So aku rasa husband aku dah faham sekarang apa benda yang aku alah dan tak........


Monday, October 13, 2008

13.10.2008 - Monday Blues!!!

Assalamualaikum,

Kaki aku tak lenguh tekan minyak dan brake hari nie, sebab hubby hantar p kerja...... masuk jer opis aku terus on komputer...check email...then aku layan games jap..... (Frynn aku dah khatam game yang ko bagi tu)

Aku breakfast sandwich dengan nasi goreng hari ni.... sambil makan aku selak-selak planner aku... Ala ada meeting 2.30 kat Matrade...malasnya nak pergi....... nger!!!!

Malas ini terdorong sebab aku hari ni mula rasa pening2 ckit, macam nak jatuh pun ada tadi, kepala aku rasa macam berat jer...... aku nak bagi tau boss tapi dia plak period pain..petang ni dia terus pergi meeting kot.... Aduh macam mana ni...aku kalau boleh nak excuse la meeting luar nie.....bukan apa takut jadi apa2 jer kat aku nie...... ala tak pa lah...pergi jer la.....

So far aku sekarang nie belum ada alahan teruk lagi..... cuma pening2 jer (sebab angin banyak la tu) Alhamdullilah mudahan aku ok jer mengandung ni sampai due....
Ada ramai member2 yang dah pregnant citer diaorang sampai demam teruk sebab alahan...risau plak aku dengar tapi aku doa sangat aku ok tak banyak masalah nanti..... insyaallah.

Sunday, October 12, 2008

12.10.2008 - Makan dan Makan

TODAY!!!!

PAgi : Aku dah p beraya umah tok cik aku kat Kelana Jaya..... dapatlah aku bersembang dengan onyang aku(mak kepada tok aku).....dia suka bersembang dengan sesiapa pun ada jer citer dia....walaupun umur dah hampir 120 tahun dengan bersaiz kecil tu...mulut dia tetap tak henti bercakap....aku sembang sampai tertidur onyang....


LEpas beraya aku terus ke Jusco untuk beli sikit barang dapur...... lenguh jugak berjalan dalam jusco tu...... sampai umah jer Husband aku ajak p open house plak...kat Klang.... jauh tu... kalau la dia bagi tau awal2 nak p open house tak la penat2 aku berkawad dalam jusco tadi dok cari barang nakmasak... Husband aku cakap aku boleh rst tak payah masak...p makan free jer... (betul la tu tapi kenanpa tak bagi tau dulu - emo plak)..


Sampai kat umah member husband aku tu....aku nampak nasi beriani plak....makan punya makan 2 pinggan aku sapu....kenyang betul..... husband aku cakap "makan jer la yang... u makan untuk 2 orang...."


Lepas tu sampai umah jer aku mandi, solat....lepas tu...masuk dapur...buat goreng pisang plak.....








Goreng pisang lembik sebab pisang terlampau masak




Lepas tu tangan aku terus capai bahan masak singgang ikan tongkol dan tauhu telur goreng..... padahal tadi baru jer makan...... (konon untuk makan malam la....) dah la husband aku kerja malam nie...esok baru balik sapa nak habis kan semua ni.........



Tauhu Telur Goreng



Singgang Ikan Tongkol (sorry gelap-lighting kurang)


Akhirnya perut ku kekenyangan.......Burp!!!!!


Saturday, October 11, 2008

11.10.2008 - Weekend!!

Hari ni awal2 pagi husband aku hantar aku ke umah ayah Ngah dia....dia ada tournament futsal (kononnya risau aku sorang2 kat umah la tu).

Tapi ada baiknya aku kat umah pakcik dia ni.......Makan FREE, so aku tak payah susah2 nak fikir masak apa..... sampai jer terus aku pergi dapur...fuyooo Spagehti ..... Nasi Impit kuah kacang... Kuah Lodeh..Rendang Ayam...... sedapnya...... (rezeki baby hari ni)

Nak download gambar2 makanan tu tapi guna lap top orang nie... tak leh bluetooth.... (konon2 buat kenangan)

Pakcik aku ni hari ni baru tau aku pregnant....so diaorang terus tak bagi aku buat kerja kat dapur.....boring la macam nie... Aku memang orang takleh duduk diam...So aku p dapur ambil nasi impit...ambil pisau...ambil papan potong... Ha jadi jugak kerja aku hari nie... (dia orang buat open house) Aku tolong toskan spagehti. Akhirnya buat kerja jugak....

Lepas tu lepak tengok TV layan citer Kala Malam Bulan Mengambang...... baru la aku boleh tengok citer ni sepenuhnya...masa mula2 raya hari tu separuh jer....
Citer ni ada mesej dia tersendiri...... (buatkan aku tefikir)

Cerita pasal filem yang ditayangkan di TV nie...semalam aku layan betul citer Ayat-ayat Cinta....first time citer Indonesia yang best macam nie..... terlalu banyak mesej dalam citer nie.... Kebesaran kuasa Allah, Pengorbanan seorang isteri, kejujuran seorang insan......(banyak lagi yang dapat aku pelajari dari citer tu........ Kalau dia tayang lagi pun aku akan tengok jugak.... Scene yang paling aku terpegun adalah masa Si MAria seorang Kristian mampu menghafal Surah Mariam sepenuhnya....... Ya ALLAH.... (aku sendiri tak mampu).......
Bagi yang belum menonton aku sarankan menonton.......

Friday, October 10, 2008

10.9.2008 - Confirm! SAH!

Pagi yang indah.........

Lepas jer kerja semalam aku terus pulang ke rumah..... Setiba di rumah suami ku telah tunggu untk bersama-sama ke Klinik untuk mendapatkan kepastian ?@#$^&!&%*&(&*)

Excited punya pasal aku sendiri drive hari ni....selalunya aku akan suruh husband aku jer drive..... Setiba di Klinik Nur Fatimah di Equine Park, tanpa berlengah aku terus menuju ke kaunter dan bertanyakan :

"Saya nak buat pregnancy test, boleh ker kat sini?" Budak lelaki kat depan kaunter tu blur jer...nasib la ada makcik nurse ni dia kata ada. Aku pun terus daftar dan tunggu nama ku dipanggil... Yang bestnya husband aku plak gelabah dan tak sabar nak dapatkan pengesahan...... sampai jer klinik dia terus ke tandas..... then membebel :

"Pasai pa lambat ni...... orang bukannya ramai pun...!"
"Nurfarah! (nurse panggil nama aku)"

Aku terus duduk tepi Dr tu....." saya pagi ni dah buat pregnancy test keluar 2 lines so...sekarang ni saya nak confirm jer Dr" (Aku terus bersuara tanpa perlu Dr bertanya)
Sebaik sahaja Dr tulis sesuatu di kad kesihatan dia terus suruh aku pergi buang air kecil......

Dr tanya lagi' "Bila tarikh your first period last month?"
Aku jawab la dengan pantas " 6 sept 08"

Keputusan di tangan Dr sekarang ...... ada 2 line jugak... (Husband aku dah tersengih kat depan meja Dr tu)

"Confirm you pregnant....... 16.6.2009 akan bersalin and now you dah pregnant 5 minggu... Tahniah"

Bunga2 gembira dalam hati aku nie..hanya Tuhan jer tahu, Husband aku tok sah cakap apa la....tersenyum dari tadi.... terus panggil mummy kat aku....

Terima kasih Ya Allah di atas pemberianMu ini. Aku bersyukur sangat. Aku berterima kasih dengan pemberian besar darimu ini...... Terima kasih Ya Allah!

Thursday, October 9, 2008

9.10.2008 - Nukilan Pertama ku

SalAm AIdilfiTRi !!

Setelah sebulan berpuasa, Syawal pun menjelma......
Meriah betul raya tahun ni. Aku sambut bersama suami dan keluarga tercinta di kampung ku Alor Setar, Kedah. Best sebab tahun lepas kena raya dengan keluarga mentua aku di Kuantan.

Aku mengambil keberkatan bulan Syawal ini untuk memulakan Blog baru aku ni....... (ini pun atas desakan sahabat karib ku Frynnn).

Semangat kerja lepas Raya ni lain macam ckit..... Ntah la... kesibukan mula menyerang kerja harianku. Maklumla boss dah nak mula fly sana-sini, banyak program di luar negara. So aku ni kena la prepare semua persediaan yang sepatutnya...tunggu waran la, tunggu maklum balas orang la, eh....banyak lagi la.....

Nasib rakan-rakan pejabat ada sedia membantu.... especially PSU (AM) di banyak mendengar luahan kerjaku..... hehehhee kadang-kadang lawak pun ada... luahan jiwa jer lebih kerja tetap menimbun.......

9.10.2008 - Terkezut!!


Malam semalam belakang aku sakit sesangat.... sakit macam kena cucuk2 jer... dalam sakit2 tu aku tertidur.........


Jam 4 pagi aku tersedar seperti selalu.... terus aku menuju ke tandas (lepas hajat). Aku terpanggil untuk mengambil pregnant test yang memang aku dah stand by dekat loker bilik air aku...... Apa lagi aku teruskan proses.........


Senyum, tawa, gembira tak terkata aku sorang2 kat dalam bilik air tu ........... 2 lines, O.M.G betul ker nie...macam tak percaya jer..... aku cuba kejutkan suami ku...tapi orang laki ni kalau dah tidur memang tak sedar......... So aku tidur balik sambil otak ku berfikir..... betul ker apa yang lihat tadi..???!!!???



Jam 6 pagi aku bangun bersiap untuk ke pejabat... lepas mandi aku lihat 2 lines tu makin terang warna dia..... 99% menunjukkan ada sesuatu di dalam perut ku...... PREGNANT !! Aku bagi tau husband aku dia terus terkejut, terbuka terus mata... dalam samar2 gelap aku nampak sinar kegembiraan di wajah dia....


"Yang betul ker??? Tak pa petang ni kita p Klinik" itu la kata2nya padaku pagi nie..... Bahagian ku rasa.... impian aku selama ini akan menjadi kenyataan... Kepastian akan ku cari hari ni jugak... BAHAGIA ku rasa.....
Akan ku susuli dengan khabar gembira sebaik sahaja ia disahkan benar aku mengandung nanti !!!.....