Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, November 27, 2008

27-11-2008 : Meriah la !!!!!

Lama jugak aku tak jengok blog aku ni........ ramai jugak kawan2 yang rajin update blog diaorang mesti banyak idea dia orang ni...aku sejak dua menjak ni idea kurang ckit bila nak mengarang ni....tak tahu la kenapa???

Hari ni aku ada idea baru....
Mesti ramai di antara korang semua mempunyai jumlah adik beradik yang ramaikan???? Macam aku ni 8 beradik bila berkumpul jer meriah giler...... tambah plak dengan yang suka berbalah sesama sendiri lagi la riuh suasana...

Terutamanya masa Hari Raya....kalau semua berkumpul riuh jadinya....Aku mula rindu zaman2 kanak2 aku dulu plak....terbayang2 keriuhan suara mama membebelkan kami semua....bila dah besar ni baru la nak hargai masa tu...kalau dulu tak sabar2 nak belajar duduk sendiri...biasala manusia sememangnya tak pernah puas pun...hehehehehe

Minggu ni plak riuh la rumah aku semua adik2 aku datang....jalan2 K.L. la konon.....atleast riuh la ckit umah aku tu...ni asal balik kerja jer sunyi sepi otak asyik ingat nak tidoq jer......

Member2 ku yang lain kalau rajin kongsi la pasal kemeriahan adik beradik korang yerk...aku tau Quntum family mesti riuh giler....

Friday, November 21, 2008

21.11.2008 - Masak-masak


Sebaik sahaja balik dari Klinik semalam, macam ada satu perasaan muncul, aku terasa ingin masak jer....tapi dok fikir masak apa??????


Setelah hampir 2 bulan setengah aku tak petik suis dapur gas aku tu.....hari ni dia teringin plak... hampir dekat 5 jam jugak aku berfikir nak masak apa????? Sampai terlelap la atas sofa punya berfikir..... Akhirnya selepas jer solat Asar dalam hujan yang lebat mencurah2 ke bumi aku bayangan bihun goreng terus terbayang2 di hadapan mataku.....


Aku turun ke kedai beli bahan2 yang patut... Sampai jer kat dapur rumah aku macam berfikir lagi sedap ker kalau aku masak ni...takut tak sedap jer....aku pedulikan perasaan itu terus jer aku siapkan bahan2 dia tunggu bihun lembut ckit lepas tu aku mulakan masakan ku..... akhirnya tak sampai 20 minit dah siap bihun bujang aku ni..... BOLEH pun masak....ntah la selama ni kenapa aku rasa macam tak boleh nak masak jer...


Aku terus call husband aku bagi tau yang aku dah masak untuk makan malam so dia tak payah makan kat luar....Punya la dia terkejut aku bagi tau aku masak.... Husband aku siap ajak member baik dia ni makan kat umah aku malam semalam..... Walaupun dalam bihun tu ada telur, fish cake, taugeh dan bihun jer berselera betul diaorang makan....sampai aku nak bawa bagi dekat frynn pun tak cukup hehehehehhe (jangan marah yerk)


So sekarang ni aku baru terfikir........jangan terlalu ikut perasaan yang negatif kalau selama ni kita boleh buat benda2 yang positif so kita teruskan jer.... jangan malas sebenarnya..hehehehe (ntah apa la yang aku katakan ni)

Monday, November 17, 2008

17.11.2008 - Syukur!!!

Sabtu lepas, member aku kahwin dekat Bahau N9. So memang aku kena pergi kenduri member aku ni...sebab masa aku kahwin dulu dia sanggup pergi umah aku kat Butterworth. Sepanjang hari aku berdoa agar alahan aku tak teruk sangat sepanjang hari tu...... Alhamdullillah semuanya ok jer cuma nak masuk maghrib jer aku mula rasa mual2 dan nak muntah...tapi ok jer.

Perjalanan ke Bahau:
Aku bangun awal hari ni....lepas kemas2 rumah then aku turun kafe bawah belikan breakfast untuk husband aku. Best nya hari ni husband aku boleh bangun awal plak tu, maklumla tau wife dia nak g jalan so dia bujang sekejap ambil hati la namanya tu..... Siap berpesan2 lagi kat jangan lupa bawa plastik lebih la, air, towel (prepare takut2 alahan nanti). Prihatin jugak...

Sepanjang perjalanan sampai la R&R Seremban (tak silap aku) aku masih mampu bertahan mungkin sebab bercakap tak berhenti2 agaknya.... punya la ramai manusia kat situ sampai aku pun tak tahun nak makan apa??? Pilihan terakhir = aku beli Hot Dog jer..... sambil aku menikmati Hot Dog tu tiba2....?????? Que Haidar lalu depan aku dengan gaya dia yang smart tu aduh terus terpaku aku sekejap...aduh comeinya dah la pakai serba putih menampakkan laku kecomeiannya hari tu..... Lepas tu lalu pulak Pierre Andre aduh selekehnya...dengan jambang, misai tak terurus jer aku tengok dia ni.... dah la pakai serba hitam.... Masa Pierre lalu ada la sekumpulan budak2 nakal kat situ perli dia...."No Komen...saya No komen" (kata2 Pierre sekarang bila di interview oleh MELODI). Then Que lalu lagi terus aku habiskan Hot Dog aku memang comei la dia ni....

Ku terus kan perjalanan, bila dah keluar exit Senawang aku ok lagi tapi bila dah lalu Bukit Putus (dekat area Kuala Pilah) aku mula naik risau keta dah la slow nak mampus driver lain bawa..tambah plak jalan sempit...lori banyak aduh aku mula naik risau....nasib baik member2 aku ni ajak aku sembang sambil makan limau so tak ada apa2 masalah berlaku kat aku...... (aku risau muntah jer...malu tau)

Punya la jauh nak p umah member aku ni.....sampai2 jer rumah kenduri kita orang terus di layan macam VIP dapat special parking lagi. Dah abis makan, borak, makan petang lagi, posing sana sini, then kita orang pun gera balikKL. tapi kali ni memang tak lalu jalan Bukit Putus tu lagi dah kita orang terus ker Alor Gajah walaupun jauh tapi jalan dia tak memeningkan. LEga ckit.

Aku bersyukur sangat aku tak banyak kerenah sepanjang perjalanan tu...kalau tak sian member2 aku ni nak melayan aku punya alahan.

Wednesday, November 12, 2008

12.11.2008 - Redha ajelah

Sebut jer Apartment, Kondo, Flat, Pangsapuri, Kuarters Kerajaan terus membuatkan seseorang tu terbayang berapa tingkat, tinggi mana, ada lift tak, besar tak ruangnya dan bla bla bla.....!!!!!

Hampir setahun aku mendiami apartment macam-macam ragam dan karenah aku tengok dan tanggung sendiri....

Cerita 1 :
Malam semalam elok jer aku nak tidur lepas separuh nyawa aku muntah2....rumah atas aku buat hal plak....dia boleh menukang plak malam2 macam ni.... Ya Allah aku memang hangin betul tambah plak dengan angin yang sememangnya ada dalam badan aku ni..... berdeyut2 kepala aku bila dengar jiran tak berperikemanusiaan ni menukul.... aku tak tahan terus pergi ke arah tingkap dan menjerit semahunya suruh diam....tapi memang mangkuk hanyun betul dia lagi rancak buat kerja dia tu...... (masa yang sama husband aku terkejut ingatkan aku mengigau menjerit2). hampir 20 minit la mangkuk ayun tu dok menukul..... husband aku plak pergi ke arah tingkap dapur menjerit suruh mangkuk tu berhenti..... tapi memang telinga kayu betul dia menukul jugak.... dalam kebingitan tu aku boleh jugak la terlelap sebab penat sangat....

Cerita 2:
Isu Parking...... parking kat apartment aku ni memang sakit hati ckit....boleh ambil dalam 20 minit untuk sampai ke aras 6 (paling tinggi - bagi penghuni aras 10 ke atas)..... So ramai la yang lebih gemar parking di luar pagar apartment...
Kereta sekarang semua dah ada alarm dengan bunyi yang bermacam jenis..... So masalah bunyi alarm ni buatkan telinga aku bingit sepanjang malam. Mana ada kereta yang sensitif lebih tu dengar bunyi keta lain pun dia dah mula menyalak2 kalau perlahan tak pa la jugak ni sampai umah aku aras 16 pun boleh dengaq.... fumemang aku bersabar jer la.... Pernah satu weekend ni alarm kereta wira tu berbunyi 2 malam berturut2 tanpa henti....aku tak tahu la owner dia p mana....menyalak2 kereta dia...memang terganggu jugak la tidur aku tambah2 plak lepas aku pregnant ni...memang ganggu la...

Cerita 3:
Isu Lift.... Apartment aku tinggal sekarang ni ada 2 blok dan setiap blok ada 4 lift. So memang memudahkan penghuni untuk bergerak.... tetapi itu bila masa senang la...tapi lift ni pantang betul kalau hujan lebat ditambah dengan petir dan guruh. terus lift ini akan jem dan terus rosakla...sekarang ni dah hampir 2 bulan 2 lift jer berfungsi.. (lift yang saiznya kecil plak tu) maintainance bayar setiap bulan kerja2 baik pulih lembab betul...... ada satu hari tu....aku naik lift tanpa ada lampu dalam lift tu...nasibla aku dengan husband aku kalau sorang2 ntah la.... bila pintu lift terbuka masing2 terkejut sebab dalam gelap tiba2 ada orang... bila pintu lift tutup tinggal lampu nombor jer menyala yang lain gelap gulita macam dalam gua...

Di harap dengan 3 cerita aku ni tak da plak member yang baru nak pindah duduk umah bertingkat ni jadi takut plak..... ini hanya pengalaaman yang diluahkan untuk bacaan umum. Sekian

Monday, November 10, 2008

10.11.2008 - Kahwin, Kahwin, Kahwin

Mula jer Sabtu lepas banyak betul jemputan kenduri kahwin ni........
Semalamnya kenduri pun aku tak dapat pergi...mana tak nya siap2 jer lepas tu rasa loya2 dan pening....aku apa lagi tukar baju terus landing atas tilam....tidur

Lepas tu bangun kebulur Ya Allah....sian laki aku kena g cari makan kat luar....sekarang ni nak masak memang tak mampu dah....rasa macam bila aku masak mesti jadi tak sedap... sebab tu aku tak masak.... ditambah plak dengan hujan petang fuh memang best la tidur....

Aku mula la risau sabtu ni best friend kahwin plak kat Bahau , N9 plak tu.... doa2 la aku dapat pegi kenduri dia sebab dulu dia boleh p kenduri aku...... kahwin jugak seorang kawan aku yang agak kasar ni..... Alhamdullilah bertemu jodohnya.

Sabtu depan plak ex housemate aku kahwin kat Kedah.....ni memang aku tak dapat p kot tapi aku akan pergi kenduri sebelah pihak lelaki kat Damansara Sabtu satu lagi.... penat badan nak jalan jauh2 sekarang ni.....

Sabtu berikutnya bestfriend aku masa sekolah menengah plak kahwin kat Butterworth....yang ni pun aku tak dapat pergi aku akan pergi kenduri dia kat Dungun nanti sebab lepas tu boleh direct cuti raya haji..... then le terus balik umah mentua kau kat Kuantan....

Fuh...berjalan sakan aku....risau jer mesti kena standby banyak plastik bag dalam keta nanti.......

Wednesday, November 5, 2008

5.11.2008 - Work come first

Sepanjang minggu ni memang aku sibuk betul walaupun still pening2 dan muntah2..... Isnin dah m.c. , Selasa sampai Khamis Conference. penat badan aku.

Conference yang sepatutnya sampai kul 5 petang aku buat ia jadi 1/2 hari lepas lunch balik opis...banyak kerja aku nak siapkan kat opis boss plak outstation...tu yang memenatkan aku lagi...tapi aku redha jer...daripada aku tertidur dan terlelap kat dalam bilik conference baik balik buat kerja kat opis....

Minggu ni memang satu dugaan bagi aku supaya lawan loya2 aku tu...tapi macam biasa malam jer memang tak mampu nak melayan. Sekarang ni tambah plak sakit pinggan...fuh sakit betul....baring lurus jer badan terus sakit belakang2 aku...tengah malam gelisah tak boleh tidur....macam2 kerenah.....

Sunday, November 2, 2008

2.11.2008 - Alahan lagi

Asal cuti jer memang aku lemah ckit ....

Hari Sabtu teruk betul alahan aku....muntah2 satu hari...sampai tak lalu aku nak makan apa pun....tapi aku gagah jugak makan nasi tak sampai suku dengan keow teow bandung....
Satu badan aku lemah sepanjang hari, letih dan lesu.....

Hari ni plak (Ahad) ok ckit alhamdulillah...aku bersyukur sebab aku dah boleh p makan kat luar......... untuk tengahari makan suku jer nasi goreng paprik...lepas tu ada rasa loya2 lagi....then aku berehat jer sambil lipat kain yang menimbun dan menonton t.v. Tiba2 plak aku teringin makan keow teow goreng dekat Kelana JAya....kat situ memang sedap uncle tu goreng...meleleh air liur tambah plak cili kicap fuh....terangkat.... sapa2 nak p rasa makan kat sana jom kita p ramai2 mesti korang suka nya..
Walaupun sepanjang perjlanan aku loya jer....tapi nampak keow teow goreng sepinggan tu terus macam hilang loya...fuh berselera tul aku makan siap bungkus untuk breakfast esok.....
Aku bersyukur sangat hari sebab aku rasa aku sihat ckit...terima kasih Ya Allah!!