Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, November 17, 2009

Updating

It's almost 4 month i'm not updating my blog. So, for starting i would like to view some of Nayli video.

ENJOY.








Tuesday, July 21, 2009

Akhirnya!!!

Pada 16 Jun 2009, jam 4.09 petang bayi yang ku kandung selama ini telah selamat dilahirkan secara pembedahan. Inila perkara yang ku tunggu2 selama aku bergelar seorang isteri.


Anna Nur Nayli dilahirkan dengan berat 4.18kg. Aku terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana baby aku besar dan laluan aku untuk melahirkan baby tidak terbuka pada sentimeter yang sepatutnya (alasan doktor). Pertama kali jugak la aku lihat wajah suamiku dalam keadaan cemas, risau dan ternanti2.


Peristiwa sebelum Anna Nur Nayli dilahirkan:


Pada malam 15 Jun 2009 ( baby dijangka lahir 13 Jun 2009) aku mula berasa sakit2 di bahagian belakang dan sekitar kawasan perut. Tanda kelahiran mula ada (darah). Aku memaklumkan perkara ini kepada nurse bertugas, mereka cuma minta aku banyakkan berjalan. Malam tu memang aku tak tidur langsung sakit sangat....


Pagi 16 Jun 09, doktor telah memeriksa laluan kelahiran aku, dah buka 4 cm, air ketuban mula dipecahkan. Doktor minta aku siapkan pakaian baby dan suruh aku bersedia ke dewan bersalin. jam 7 pagi aku di bawa ke dewan bersalin.... Jam 7.45 pagi doktor mula memeriksa keadaanku. Hampir 5 orang doktor masa tu..... Seorang doktor pakar melayu (lupa nama) memaklumkan pada ku supaya bersabar kerana berkemungkinan baby aku besar katanya.... so aku pun bersabar sambil menahan sakit. Suami ku sedia menanti di sebelah ku..... (sian dia dah berapa malam tak dapat tidur risaukan keadaan ku)


Saat kelahiran:


Jam 12.30 tengahari doktor pakar tadi masuk lagi, ketika inilah doktor tersebut memberi kata dua kepada ku samaada tunggu lagi 2 jam untuk memastikan laluan kelahiran terbuka atau terus ke dewan bedah. Sah baby aku memang besar (lepas scan). Doktor tersebut minta aku dan suami membuat keputusan dan maklumkan pada beliau pada jam 1 petang..... kami membuat keputusan untuk lakukan pembedahan. Jam 1 petang doktor periksa laluan kelahiran lagi... dah terbuka ckit 6 cm....so doktor minta aku tunggu lagi hingga jam 3 petang. Nasib baik aku ambil ubat tahan sakit so aku tak rasa keperitan sakit langsung.Aku tak tahan sangat tanggung sakitberjam2 sebabtu la aku ambil ubat tahan sakit tu..


Jam 3.30 petang aku ditolak ke bilik bedah.

Jam 4.09 petang Anna Nur Nayli dilahirkan.
Wajah Nayli selepas 1 jam dilahirkan



Friday, May 29, 2009

Menghitung hari

Perut sudah makin membesar hanya menunggu hari untuk menjadikan ia kempis kembali....
Tak sabar rasanya nak tunggu budak kecik dalam perut ni keluar...... dah semakain sempit dia kat dalam rahim aku ni.

Husband aku plak hari2 tanya pada baby ni, bila nak keluar...... sambil tangannya mengusap perut ku....

Tapi sebenarnya aku ni risau jugak macam mana la keadaan ku bila rasa sakit nak bersalin tu sampai.....berdebar..... macam mana keadaan aku kat labour room nanti....????? seperti yg dijangka oleh doktor 13.6.2009 due date aku....tapi ramai yg cakap anytime jer...So standby.....

Pendek kata sememangnya aku tak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama ku ini..........

Wednesday, May 6, 2009

6.5.2009 - KIni KemBaLI

Salam,

Lama betul aku tak mengarang di blog aku ni.....

Rasanya hari ni aku akan menceritakan perkembangan kandungan aku yang dah mencecah 8 bulan ni.... (ada komen dari Quntum..."Ko ni citer la pasal kandungan ko kat blog") itu la komen yg sering aku dengar dari quntum......

So far...... setakat ini alhamdulillah...baby sihat mummy dia pun sihat. Baby ni dah semakin aktif dan semakin besar....last 3 weeks aku ada pergi private clinic buat scanning.... tapi baby ni dia sembunyi2 la tak nak tunjuk boy or girl.... Doktor cakap baby dah besar susah nak nampak ...masa tu doktor ada mentioned baby dah berat 2kg berat aku dalam 71.8kg tapi semalam pergi check up berat aku dah naik lagi 72.8kg so rasanya berat baby pun sama naik dengan mummy dia.....

Perasaan aku sekarang ni memang tak sabar nak tengok baby aku ni...tak sabar nak tengok dia pakai baju, seluar, sarung tangan/kaki yang aku dah beli tu......

Secara fizikal sememangnya aku sudah agak berisi...sampai balik kampung hari tu semua tegur aku dah kurus kering macam dulu..... hubby aku pun macam makin berisi jugak (terutama perut dia) untuk pengetahuan semua sejak aku pregnant hubby aku ni makin kuat makan itu la perubahan ketara yang aku nampak.....

Baby plak semakin hari semakin aktif.....gerakan dia pun semakin kerap dan agresif... sampai kadang-kadang penat aku dibuatnya...tapi seronok tau dapat tengok perut bergerak2.... hanya ibu mengandung jer boleh nampak benda bergerak2 dalam perut dia.... Kalau aku aktif jer baby lagi la aktif....

So, sekarang ni aku hanya menunggu hari dan waktunya untuk melahirkan baby sulung aku ni..... doktor jangkakan 13 Jun 2009.................. berdasarkan padangan orang sekeliling ada yang cakap anytime jer sekarang ni baby boleh keluar.... SO STAND BY...!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

4.3.2009- Konvo DPA

Akhirnya pakai jugak aku baju istiadat (no 1 dress) tu....... nasibla muat jugak baju aku tu walaupun dah macam sarung nagka aku pakai..... tapi aku bangga sebab anak aku dapat naik stage sekali untuk terima Diploma yang selama ini ku nantikan....

Ramai rupanya ibu2 mengandung yang semangat untuk terima diploma ni hadir sepanjang 2 hari ini. Bagi aku bila lagi leh kumpul jumpa ramai2 kalau bukan masa konvo ni..... ada yang tengah sarat pun sanggup datang.... cayalah.... (tapi sayang aku tak ada gambar2 semua yg ibu mengandung, memang terlintas nak ambil gambar dgn semua yg pregnant tapi aku segan dgn pakaian ketat aku ni....) Elok jer habis turun stage tu...butang aku yang bawah tu memang aku buka terus....macam tak bernafas jer rasanya.....

Kepada member2 yang banyak berposing masa konvo tu rajin2 la upload gambar korang yerk.... terutamanya Quntum, Naz, Aida, Hadi and ramai lagi la......

Thursday, February 26, 2009

26.2.2009 - Kemaskini Blog

Fuh....lama jugak tak kemaskini blog ni....

Lately busy sangat. Ada projek Seminar dan pameran di Surabaya, Indonesia. So banyak masa kat opis ni habis dengan kerja-kerja persiapan event ni jer.... tambahan plak OT sepanjang minggu sebab nak makesure semua kerja Ok jangan nanti masa event ada problem. Tapi sayang aku tak dapat join event ni kat Surabaya sebab boss tak lepas aku dia suruh stay kat opis jer (backup officer).

Aku pun tak kisah, lepas ni sibuk untuk pameran kat Dubai plak..... sayang jugak boss tak lepas aku untuk join exhibition ni... So aku buat kerja belakang tabir jer la....... tapi ok jugak at leaset aku leh rehat jaga baby dalam perut ni.....

Cerita pasal baby, lately aku memang sibuk dengan kerja so ada effect pada aku ckit....darah aku tiba2 tak stabil doc. bagi tau aku masa check up hari tu...... So kena banyak rest, dan makan benda2 yang boleh tambah darah. Makan vitamin lebih......

Kesimpulannya, sekarang aku makan jer........ makanan tu sentiasa ada sebelah aku....

Monday, February 9, 2009

9.2.2009 - Muay Thai



Lepas jer tengok Ong Bak 2, keesokkan malam aku p plak tengok perlawanan Muay Thai dekat Stadium Badminton Cheras. BEST TUL.... Dah lama aku tak tengok life acara mempertahankan diri ni......


Meriah betul malam tu.... tapi ramai sedara aku risaukan aku maklum la ibu mengandung....tapi aku ok jer terasa plak dalam perut aku ni baby dok bergerak2..... Malam tu baby aku memang banyak bergerak..... rasa geli2 jer ......




9.2.2009- oNG bAK mOVIES


Memang best Ong Bak 2 nie......

Tak sia-sia bayar tiket hari tu..... walaupun tengok lewat malam tapi mata aku tetap boleh terjaga sambil menghayati cerita ni....

Padahal kalau kat umah aku dah siap mimpi dah........


Kebetulan plak malam tu....best aku si Quntum tu pun p tengok jugak dgn hubby dia......kebetulan lagi dia duduk belakang aku jer.... So sebab dia masuk lambat time tu (panggung dah gelap) So niat aku nak usik2 dia tak dapat la...... tapi yang best nya boleh la pulak aku pakai baju warna sama dgn dia ....warna coklat padahal tak janji pun................


Berbalik pada citer Ong Bak 2 ni...... memang di sarankan semua berumur 18 ke atas tontoninya......

Friday, February 6, 2009

Tag Through Photo!!!!








Quntum....macam best jugak tag bergambar ni.... menghiburkan..


Use Google Image to search the answers to the questions below.



Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.


After that tag 6 people.


OK, HERE WE GO!




1. I am ... Ku Nurfarah









2. I really want to go ................. Paris











3. My favourite place is ... my house













4. My favourite thing is ... my washing machine












5. My favourite drink is....... warm water












6. My favourite food is.... chicken rice










7. My favourite colour definitely is... brown










8. I live in.... Vista Pinggiran Apartment








9. I was born in ............ Alor Setar













10. I attended...... DPA Bil 1/2008 last year






11. My Favourite story is.............. (Now) Ong Bak








12. This is my hobby........................cooking









13. ... and I definitely dream for..................





luxury bungalow








caldina
Ok, done!
Lenguh jugak la scroll mouse buat tag ni....... So i tag 6 people below:
1. Naz
2. Badrul Hafiz
3. Mimie
4. Ara
5. Hadi
6. Yaya

Tuesday, February 3, 2009

3.2.2009 - Perut makin membesar!!!


Salam,


Dah lama aku tak bercerita pasal kandungan aku....

So far sekarang baby aku dah berusia 20 minggu lebih ckit.......

Perubahan pada diri aku agak ketara sekarang...perut dah membesar....banyak baju dah tak muat...so banyak la duit aku keluarkan untuk membeli pakaian baru... nasib baik la ada makcik2 aku yang sudi menderma baju mengandung diaorang dulu (tapi old fesyen la) yang boleh aku buat pakai di rumah....


Aku hanya risaukan berat aku jer sekarang...ntah naik ker dan terus naik lagi ker........

Risau sebab kalau terlebihnaik Dr. akan marah aku terus kena buat ujian kencing manis......

Tapi orang tua2 cakap kat aku plak bagus la berat naik...... Dr. plak cakap suruh aku kawal berat badan !!!?????

So i'm confuse now...apa yang aku buat sekarang just kurangkan makan nasi jer...sehari sekali.....


Any of my friend got any suggestion regarding this matter?? kalau ada sudi2 la kongsi yerk...

Exercise aku sekarng ni aku lebih banyak berjalan....... itu jer....niat nak swimming memang dah lama cuma kolam kat umah tu hari2 penuh...waktu yang tak penuh adalah malam.... malamkan tak elok kalau ibu mengandung kena air sejuk........


Gambar ini menunjukkan kandungan berusia 20 minggu. Comeinya macam tengah hisap jari......

Friday, January 16, 2009

Cik Diena Tag aku plak

Kenapa aku yang di tagnya!!!!!!
Penat menaip ni nak menjawab....


INSTRUCTIONS:
Anda kene menjawab soalan- soalan yang telah pun disediakan tetapi here’s the twist; you’ve got to answer the questions sambil mendengar lagu di Winamp or any music players, with list of your favorite songs in random/ shuffle mode. And to make things even interesting, the questions are to be answered based on the songs you are currently listening to - like for each new question, you gotta hit “NEXT” on your player and see what song comes up next, and from there, you gotta answer the questions and the answer gotta be berdasarkan atau berkaitan dengan that particular song.

Soalan #1 :
If someone say “Is This Ok?” You say?
Song : Forever - Mariah Carey
Answer : Apa yang ok yer???

Soalan #2 :
What would best describe your best personality?
Song : Sempurna - Andra and the backbone
Answer : Masih belum sempurna

Soalan #3 : What do you like in a guy?
Song : Dance With My Father - Luther Vandross
Answer : Before yes my father still can dance but i don't think so..... kita nyanyi jer la PAPA

Soalan #4 : How do you feel today?
Song : Goodbye - Air Supply
Answer : Stress think about money2. happy about my baby... confius with my feeling actually

Soalan #5 : What is your life purpose?
Song : Hasta Mi Final - Il Divo
Answer : Mi amor.... i dont' understand this

Soalan #6 : What is your motto?
Song: The Point of No Return - Andrew Lloyd Webber
Answer : EX 5 (laki punya)

Soalan #7 : What do your friends think about you?
Song : Jujur - Radja
Answer : Kalau ya...TQ

Soalan #8 : What do you think about very often?
Song : Too Much - Spice Girl
Answer : Spice girls nya suara remind me during i'm in primary school

Soalan #9 : What do you think about bestie?
Song : Pretty Boy - M2M
Answer : Cermin matanya

Soalan #10 : What do you think of the person you like?
Song : Beutiful Girl - Sean Kingston
Answer : Maybe beautiful boxer??!!!!

Soalan #11 : What’s your life story?
Song : I'll Be There - Mariah Carey feat Trey Lorenz
Answer : Mula ramai then sorang then berdua now waiting for bertiga

Soalan #12 : What do you want to be when grow up?
Song : I'll Be Missing You - Puff Daddy & Faith feat 122
Answer : Grow up???? tak cukup grow ker sekarang ni

Soalan #13 : What do you think when you see the person you like?
Song : Tears In Heaven - Eric Clapton
Answer : Smile

Soalan #14 : What will you dance to at your wedding?
Song : When Its Over - Sugar Ray
Answer : Jingle Nona...hahahhahaa

Soalan #15 : What’s your hobby/interest?
Song : Main Hati - Andra and The Backbone
Answer : Main masak2

Soalan #16 : What’s your biggest fear?
Song : Rehab - Amy Winehouse
Answer : A lot. want to know come and seee me

Soalan #17 : What’s your biggest secret?
Song : Endless Love - Lionel Richie & Diana Ross
Answer : Secret is secret la!!!


Habis jugak jawab tag ni...fuh....kerut dahi2 aku

Aku nak mereka di bawah jawab tag ni:

Quntum
Nazz
Hadi
Pinky Mimie
Ibu si kembar (marina)

Quntum Tag aku lagi....

Saya telah di tag oleh Quntum.
Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu.
1. Dia ada kereta. Kereta dia nama Hyundai.
2. Dia ada gamba comel bangat kat facebook. Ada gambar masa tepi padang.
3. Dia ulat buku. Ulat ke????.
4. Dia suke bercerita. Best dengar citer dia bila dia buat dgn expresion muka.
5. Dia suke meletakkan nickname pada objek2 yang hendak diceritakan. Ada la kot
6. Dia gune Fyrnn, Quntum dan ada lagi macam2 gelaran
7. Dia banyak rajin bila ada kerja.
8. Suka capati.
9. bila senyum manis.
10. Dia suka masak.

Tuliskan novel kegemaran kamu : Jarang la baca novel sekarang ni

Listkan 5 bende yang kamu sayangDia kata bende kan? bukan orang kan?
1. Kasut2 ku.
2. Satria Neo ku.
3. Dapur ku
4. Rumahku
5. Buku akaun ku

Tag 6 Orang
Tak mau tag la.....takut ada yang tak rajin macam aku nak jawab tag org..................hehehehhe

Wednesday, January 14, 2009

14.1.2009 - Blocked


Semua la dia org ni nak blocked!!!!! Lepas ni apa plak korang blocked......
Forum dalam web rasmi kementerian tak nak plak blocked Knapa???????
Tak semestinya org melayari laman web sampingan seperti Facebook, Friendster etc...... tak buat kerja....
Ada diaorg pergi check ker? diaorg ni buat kerja ker tak...suka hati jer...
Dengan adanya laman web- laman web ni sebenarnya boleh dijadikan semangat untuk terus bekerja tau....
Memang tak faham la ......... KENAPA MESTI BLOCKED?
Sekarang ni aku kena balik umah kalau nak melayari laman web semua tu.... tapi masalah nya bila kat umah mula rasa malas nak buka komputer sebab misi dirumah adalah untuk berehat setelah seharian bekerja............. (dalam kata lain boleh buat kerja umah yang lain).....
Cadangan aku:
Lepas ni bagi typewriter jer sorang satu..... then taip jer.... talian telefon plak makesure boleh call semua tempat...So, penyalahgunaan melayari laman web tak ada...so korang pun tak payah la bersusah payah nak blocked mana2 laman web..... tak payah na buat kajian laman web mana yang nak kena blocked dan yang tak payah di blockedkan............

Tuesday, January 13, 2009

13.1.2009 - Heart Attack!!






Serangan Jantung dan Minum Air Suam






Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan . Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.






Petanda Lazim Serangan Jantung



Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

AMARAN : TAPI JANGAN LA PULAK ANDA BUAT BEGINI UNTUK CARI AIR SUAM!!!!!!!

13.1.2009 - Awalnyer!!!!

Bermula semalam aku antara orang paling awal masuk pejabat........
Punch kad aku jelas menunjukkan waktu masuk aku jam 06:28 pagi.....
Mulai minggu ni memang aku kena bangun awal, siapkan breakfast, bersiap tunggu azan Subuh then terus ke pejabat....
Sekarang ni husband hantar pergi kerja, so kena ikut jadual dia la.... minggu ni dia sibuk training untuk merentas desa weekend ni...So hari2 dia kena panjat Bukit Besi, Sg. Besi... (sian dia)

Ada kebaikannya jugak datang awal ni...tak payah aku nak merempuh jem yang teruk dekat Pasar Borong Selangor dan Putrajaya ni.... jiwa pun tak tertekan di waktu pagi....TETAPI yang menjadi tekanan adalah aku tak tau nak buat apa awal2 pagi tu........ Lepas check email, lepas tu check FB, check Blog lepas tu tak tau buat apa dah.... So aku pun sambung tidur atas sofa kat ruang tamu pejabat......... sampai jan 7.30 pagi

Hari ni pun sama..... awal lagi, aku sampai opis jam 06:19 pagi.......aku buat rutin macam pagi semalam jugak....then tak tau buat apa sambung tidur sampai jam 7.30 pagi..... (tapi kalau dapat tidur terus sampai la terasa nak bangun best jugak ni) Tambahan plak boss takdak sekarang, so kerja tak menimbun sangat time kerja aku boleh siapkan..... tapi lepas jer boss balik nie memang menimbun la kerja aku...fuh mula akan terasa kepenatan berfikir dan menaip nanti......

Esok pun aku rasa sama la kena bangun awal jugak ..................

Wednesday, January 7, 2009

6.1.2009 - Rasa bersalahnya

Pagi ni aku betul2 rasa bersalah dgn hubby.........
Terlambat bangun so...dia lambat p kerja jenuh nak menjawab dgn pegawai atasan dia......

Sori la yang i tak sengaja....lagipun selalu kalau u kena p kerja awal u bagi tau i tapi semalam tak pun..... Bersalahnya aku rasa......

Hari ni mesti tak henti2 aku tipon dan sms minta maaf.... bersalahnya!!!!

Thursday, January 1, 2009

1.1.2009 - Welcome 2009

Sempena pagi tahun baru ni, pagi2 lagi aku dah bangun untuk siapkan breakfast.......
Semalam aku beli semua bahan2 untuk masak nasi lemak pagi ni.....

Untuk pengertahuna semua inilah kali pertama lepas berkahwin aku masak nasi lemak, sebelum ni aku tak yakin aku boleh masak nasi lemak ni....takut tak menjadi tapi pagi ni ia telah menjadi kenyataan..... Aku terasa bangga dengan diriku ni.....

Bila aku rasa plak sambal + telur + ikan bilis fuhhhh sedap rupanya.... (disebabkan hubby aku belum bangun pagi lagi, so aku tak tau apa komen dia). Aku lampirkan gambar nasi lemak yang aku masak pagi ni. (timun tak dak kat kedai semalam)




Persediaan: tengah lembutkan santan, sejukkan telur rebus dan hirisan bawang dan halia untuk dimasukkan ke dalam nasi.

Sambal tumis baru jer lepas masak ni...merahkan


Nasi lemak baru jer masak....(gambar kabur sebab tengah berasap)


Inilah hasilnya.......... ikan bilis tu aku goreng ranggup baru best kunyah