Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, November 21, 2008

21.11.2008 - Masak-masak


Sebaik sahaja balik dari Klinik semalam, macam ada satu perasaan muncul, aku terasa ingin masak jer....tapi dok fikir masak apa??????


Setelah hampir 2 bulan setengah aku tak petik suis dapur gas aku tu.....hari ni dia teringin plak... hampir dekat 5 jam jugak aku berfikir nak masak apa????? Sampai terlelap la atas sofa punya berfikir..... Akhirnya selepas jer solat Asar dalam hujan yang lebat mencurah2 ke bumi aku bayangan bihun goreng terus terbayang2 di hadapan mataku.....


Aku turun ke kedai beli bahan2 yang patut... Sampai jer kat dapur rumah aku macam berfikir lagi sedap ker kalau aku masak ni...takut tak sedap jer....aku pedulikan perasaan itu terus jer aku siapkan bahan2 dia tunggu bihun lembut ckit lepas tu aku mulakan masakan ku..... akhirnya tak sampai 20 minit dah siap bihun bujang aku ni..... BOLEH pun masak....ntah la selama ni kenapa aku rasa macam tak boleh nak masak jer...


Aku terus call husband aku bagi tau yang aku dah masak untuk makan malam so dia tak payah makan kat luar....Punya la dia terkejut aku bagi tau aku masak.... Husband aku siap ajak member baik dia ni makan kat umah aku malam semalam..... Walaupun dalam bihun tu ada telur, fish cake, taugeh dan bihun jer berselera betul diaorang makan....sampai aku nak bawa bagi dekat frynn pun tak cukup hehehehehhe (jangan marah yerk)


So sekarang ni aku baru terfikir........jangan terlalu ikut perasaan yang negatif kalau selama ni kita boleh buat benda2 yang positif so kita teruskan jer.... jangan malas sebenarnya..hehehehe (ntah apa la yang aku katakan ni)

1 comment:

Anonymous said...

cinta dtg dr masakan....sedap tu bkn utama, sbb si dia ttp bahagia kan...rajin2 la ye. akak boleh je tu. (mcm ayt tuk diri sendiri..hehe)