Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 3, 2008

3.12.2008- Kenangan Bagi ku!

Kini kesibukkan mula melanda di Unit aku. memang hari2 sibuk jer...... Ya Allah aku anggap ini satu dugaan dan cubaan bagiku untuk terus berjaya dalam perkhidmatan ku kini... (fuh ayat bukan main)

3 malam aku bertungkus lumus dengan boss aku menyiapkan paper pelancongan kesihatan di Pejabat KSU. Bagi aku ini satu pengalaman baru yang memang aku tak boleh lupakan kerana ia mengajarku bagaimana bekerja dan mendapatkan satu hasil kerja yang cukup baik. KSU banyak memberi tunjuk ajar secara direct pada aku sepanjang proses perbincangan itu. Aku cukup menghargainya.....

Tapi penat dia hanya Allah jer tahu.....pulang lewat malam menambahkan lagi kepenatan ku tapi tak pa hasil dia cukup memuaskan cuma harap dapat persetujuan jer nanti......
Yang bestnya KSU ni seorang yang cukup prihatin, dia tidak hanya memberi tunjuk ajar malah sangat prihatin pada kebajikan pekerjanya...siap orderkan makan malam then makan bersama-sama dia....... I salute you SIR......

Aku mula berfikir mampukah aku menjadi sepertinya...mampukah aku.... Doa ku kini dengan harapan aku berjaya berkhidmat dengan baik dan berkualiti, pangkat tidak ku pedulikan yang penting aku faham setiap kerja yang ku lakukan (sebab sekarang ni aku memang macam blur dengan apa kerja yang aku lakukan) hehehehhehehe

2 comments:

Anonymous said...

wah2..untungnyer dpt mkn dgn ksu.. jelesla ;p

marmalade said...

eh, kau siapkan paper pelancongan kesihatan tuh... ada kena mengena dengan pakej ransangan fiskal ke? hihihihi.