Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 10, 2008

10.9.2008 - Confirm! SAH!

Pagi yang indah.........

Lepas jer kerja semalam aku terus pulang ke rumah..... Setiba di rumah suami ku telah tunggu untk bersama-sama ke Klinik untuk mendapatkan kepastian ?@#$^&!&%*&(&*)

Excited punya pasal aku sendiri drive hari ni....selalunya aku akan suruh husband aku jer drive..... Setiba di Klinik Nur Fatimah di Equine Park, tanpa berlengah aku terus menuju ke kaunter dan bertanyakan :

"Saya nak buat pregnancy test, boleh ker kat sini?" Budak lelaki kat depan kaunter tu blur jer...nasib la ada makcik nurse ni dia kata ada. Aku pun terus daftar dan tunggu nama ku dipanggil... Yang bestnya husband aku plak gelabah dan tak sabar nak dapatkan pengesahan...... sampai jer klinik dia terus ke tandas..... then membebel :

"Pasai pa lambat ni...... orang bukannya ramai pun...!"
"Nurfarah! (nurse panggil nama aku)"

Aku terus duduk tepi Dr tu....." saya pagi ni dah buat pregnancy test keluar 2 lines so...sekarang ni saya nak confirm jer Dr" (Aku terus bersuara tanpa perlu Dr bertanya)
Sebaik sahaja Dr tulis sesuatu di kad kesihatan dia terus suruh aku pergi buang air kecil......

Dr tanya lagi' "Bila tarikh your first period last month?"
Aku jawab la dengan pantas " 6 sept 08"

Keputusan di tangan Dr sekarang ...... ada 2 line jugak... (Husband aku dah tersengih kat depan meja Dr tu)

"Confirm you pregnant....... 16.6.2009 akan bersalin and now you dah pregnant 5 minggu... Tahniah"

Bunga2 gembira dalam hati aku nie..hanya Tuhan jer tahu, Husband aku tok sah cakap apa la....tersenyum dari tadi.... terus panggil mummy kat aku....

Terima kasih Ya Allah di atas pemberianMu ini. Aku bersyukur sangat. Aku berterima kasih dengan pemberian besar darimu ini...... Terima kasih Ya Allah!

3 comments:

Nuisanc3 said...

comel la laki hang farah.. hahaha..

aku suka part dia terus kemas bilik komputer tu..haha.. ko patut cerita skali

marie said...

farah..tahniah ye..mesti berbunga2 aje hati ni

Naz said...

Tahniah Farah!! Bakal pakcik la aku ni!